Friday 30 November 2012

Segalanya Indah

 Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah swt yang mengizinkan diri berbicara di skrin bisu ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu mencipta laman di sini.
“Akak pilihlah title.. “
Kepala berpusing.Jarang mengungkap kalimah berbunga dengan suara yang berbunyi ,kerana biasa di ungkap dari dunia tulisan bisu.Saya menaip tanpa berkata-kata , “SEGALANYA INDAH
Mereka tersenyum dan ada yang terketawa kecil. Mungkin kerana agak berbunga-bunga . Agak gamat suasana rumah malam itu.
Sedang sibuk berusaha membina ‘blog’ sendiri , terdengar pesanan dari ahli bait…
“Induk, anjang pesan buat blog jangan sampai lupa angkat telefon!”
Maaf sahabat, huhu memang malam ini sengaja saya jauhkan diri dari telefon, selesai ini saya akan telefon semula. (sila jangan contohi kelakuan tidak sopan ini --J )
Memilih “SEGALANYA INDAH “, supaya diri ini sentiasa ingat apapun yang berlaku, ianya adalah indah kerana diri ini, seluruh alam, seluruh perkara yang berlaku adalah datang dari Allah swt yang Maha Indah.
Sungguhpun ada yang merasakan kesusahan itu satu kesakitan, pasti ianya akan indah jua andai disandarkan pada yang Maha Indah.Ya, saya juga jenis manusia yang terkadang terlupa hakikat ini.
“Ibarat orang dicubit kekasihnya, tidak jadi dia marah.Dia tidak marah kerana ianya datang dari kekasihnya.Begitulah orang yang ma’rifatULLAH , dia tidak merasa sakit dengan bala yang menimpanya “
Demikian ulasan guruku Ust Nasir Othman yang sudi memimpin kami menziarahi  beberapa maqam  Auliya’. Tenang hati mendengar penjelasan beliau di samping maqam Sidi Ibn Atoilah as-Sakandari.
Ya, “SEGALANYA INDAH”. Moga bermanfaat buat diri dan semua. Mohon teguran membina .


1 comment:

  1. induk, <3..
    keep on sharing...
    kata2 ustaz itu menusuk kalbu.. bermanfaat dan bermkna. :)

    ReplyDelete