Thursday 13 June 2013

SYURGA BUAT KOMANDER

Muhamad :  Beruntung sungguh hidupmu, ada ayah , ibu ,guru-guru dan saudara-saudara yang
sering  bersamamu.


Boy : Apa yang untungnya? Kau tahu, aku tinggal di rumah yang tidak aman. Ayah ku tidak solat, ibu dan ayah ku sering bertengkar, kami adik beradik selalu tertekan. Saudara- saudaraku sibuk dengan masalah masing-masing. Apa yang seronoknya dengan kehidupanku?

Muhamad  : Sekurang –kurangnya mereka ada dihadapanmu.

Boy : Hei, anak arab. Kenapa kau kelihatan  gembira ?

Muhamad : Aku sangat gembira, syurga memanggilku … Ibu ,ayah, saudara-saudaraku ada disana.. kau mahu ikut aku?
Boy : Apa yang kau merepek ni? Syurga ? Kau fikir mudah nak ke syurga? Aku ini, solat pun di sekolah sahaja, itupun kerana diwajibkan oleh guruku. Menipu, ponteng , melawan kata ibu bapa..haha.. banyak lagi yang sudah menjadi jadualku..

Muhamad : Astaghfirullah.. Pintu hidayah buatmu wahai saudaraku.. Kau mahu aku ajarkan satu permainan?

Boy : Permainan apa? Selalunya aku main PS4 saja.. seronok..!

Muhamad : Oh, aku dan sahabatku selalu main perang-perang.Lagi seronok.. kami buat senapang kayu, cari batu.. kami main sambil berlatih untuk membelasah tentera syiah yang jahat.

Boy : Syiah ? Apa yang kau merepek  ni? Siapa mereka tu ?

Muhamad : Kau tak pernah dengar ? Ayah, ibu, saudara-saudaraku disembelih oleh mereka. Sahabatku dibunuh mereka dengan kejam! Aku rindu dengan sahabatku, Ibrahim. Dia syahid dengan  cara yang dahsyat. Kukunya ditarik, jeritannya sampai ke telingaku. Aku geram melihat tentera-tentera itu melakukan begitu padanya.Tapi aku tidak dapat membantu..

Boy : Apa yang mampu membuat kau gembira selepas semua penderitaan ini? Keperitan yang aku tanggung ini, membuatkan aku hanya mahu menghabiskan hidupku dengan bersuka-ria. Aku mahu jauh dari semua penderitaan ini. Ya, aku mahu bergembira dengan teman-temanku sehingga lewat malam.

Muhamad : Saudaraku, sebenarnya aku mampu gembira kerana kesengsaranku ini satu tiket untuk aku bersama dengan ibu dan ayahku di syurga. Aku akan terus melawan tentera-tentera itu bersama sahabat-sahabatku. Kami sudah berjanji setia bersama-sama untuk menumpaskan mereka.

Boy : Tinggi cita-cita kau, haha.. kau orang arab, berani.Aku orang Malaysia memang sudah dididik begini. Tak pernah terlintas untuk aku berperang. Ketahanan badanku bukan macam arab. Untung kau jadi orang arab..

Muhamad : Kalau aku jadi kamu, aku juga akan gembira.

Boy : Gembira? Kau memang suka merepek .

Muhamad : Ya, dengan peperangan yang aku sedang hadapi aku perlu mengangkat senjata. Peperangan yang engkau hadapi ini pula, kau hanya perlu membangun jiwa.

Boy : Kau ni, bercakap macam kita sudah dewasa.Tolonglah, kita hanya remaja 14 tahun. Ini semua perlu difikirkan oleh orang dewasa. Ketua menteri, Perdana Menteri.

Muhamad : Aku fikir peperangan di negaramu lebih dahsyat dari aku.

Boy : Kau semakin merepek!

Muhamad : Aku tidak merepek, sahabat Rasulullah yang berumur 13 tahun pernah meminta mahu berjihad dalam peperangan badar. Rasulullah menolaknya, kau tahu apa dia lakukan?

Boy : …………………

Muhamad : Dia menangis , sedih.. tidak terpilih. Kita bukan anak kecil lagi sahabatku. Kita sudah dewasa, Cuma pemikiranmu sahaja yang dikecilkan. Bangun !

Boy : Aaaaaaaaah… sakit kepala aku mendengar semua ini. Senang saja kau bercakap, tiada siapa yang mahu membantu aku menjadi baik.Orang disekelilingku semuanya dusta!

Muhamad : Muhamad Zaid ! Kau saja yang menutup matamu selama ini. Buka matamu besar-besar. Hentikan peperangan hidupmu ini.

Boy : Muhamad Zaid… sedap aku mendengar kau memanggilku dengan nama yang lengkap. Aku jadi buntu Muhamad..aku buntu !!!!!!! Aaaaaaaaaaaaah….

Muhamad mencapai tangan Muhamad Zaid .Digenggamnya kemas.

Muhamad : Berwudhu’lah, solatlah.. mengadulah kepada Allah. Kau dan aku adalah komander peperangan ini.

Boy : Aku tidak tahu, aku lupa.. selama ini aku hanya pura-pura mengikut kawan-kawanku yang lain solat. Banyak yang aku tak tahu bacaanya. Ajarkan aku Muhamad.. ajarkan!

Muhamad : Syukur, hatimu lembut untuk belajar. Tetapi aku mohon maaf,. aku sudah kesuntukan masa. Aku perlu menyahut seruan sahabat-sahabatku, mereka sudah mahu bersiap sekarang.Tidak mengapa, kau ikut sahaja wudhu’ bersamaku.

Usai berwudhu’ ..

Muhamad  : Mungkin ini wudhu’ terakhirku .Insya Allah , ramai di sampingmu yang akan membantumu. Aku pasti, bukalah matamu..  Aku tunggu kau di syurga.

Boy : Bagaimana Muhamad..? Aku tidak layak ke syurga dengan keadaanku ini.
Muhamad : Semua masalahmu itu adalah tiket untukmu ke syurga. Ubahlah peperangan di dalam kehidupanmu . Cabaran ini akan selesai apabila engkau mulakan dengan dirimu. Percayalah kata-kataku!

Boy : Jangan tinggalkan aku,, aku keseorangan..

Muhamad : Engkau tidak berseorangan, Allah bersamamu. Percaya kataku, beri peluang pada dirimu untuk melihat kebaikan orang. Carilah orang-orang yang dapat membantumu, insya Allah, mereka sedia bergabung denganmu..Muhamad  Zaid.

Boy : Mudah-mudahan aku akan bersamamu lagi di syurga..

Muhamad : Ya, kita adalah komander peperangan ini! Allahu akbar !

ALLAHU AKBAR ..ALLAHU AKBAR !
Muhamad Zaid tersedar, dia berada di atas katilnya.. tiada lagi Muhamad di sampingnya. Air matanya mengalir deras…

Muhamad  Zaid : ALLAAAAAHHHHHHHHHHHH…
Muhamad Zaid separa menjerit. Dia menyingkap selimutnya dan bangun . Ada sinar baru dalam hidupnya pagi itu.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Selesai memberi salam bersama jemaah pagi itu,. dia ikut berdoa. Duduknya dipanjangkan , pandangannya di lempar jauh.

“ Ya Allah, hambamu Muhamad Zaid memohon keampunanmu, bantu aku Ya Allah.. aku rindu padaMu.. aku mohon kasih dan sayangMU.. tetapkan hatiku kepada Mu.. Engkau kekuatanku untuk melalui peperangan ini”

“Amin..”. Usman mengaminkan bacaan sahabatnya.Baru hari ini dia berada di masjid. Dia mengucap syukur dengan kasih sayang Allah kepada sahabatnya.  Mungkin hanya dia saja yang menganggap Muhamad Zaid  sebagai sahabat selama ini. Tetapi dia tahu, Muhamad Zaid perlu dibantu.

Usman menghulur tangannya kepada Muhamad Zaid, digenggamnya erat tangan sahabatnya itu. Dipeluknya tanpa diminta.

Muhamad Zaid melepaskan tangisan keperitannya di bahu Usman. Dia sedar, sinarnya semakin cerah kerana dia telah digerakkan untuk berubah. Alhamdulillah,,.. Ya Allah..

“Dua peperangan yang berbeza, namun kedua-duanya mampu membawa jalan syurga “

2 comments:

  1. induk~ entri ini hebat.thumbs up untuk induk.Ada semangat membara di sini. terima kasih induk. :)

    ReplyDelete