Thursday 27 June 2013

HARAPAN RAMADHAN

Sinarmu datang lagi,
Menyinar setiap rupa , nama, jua jiwa..
Yang sakit jiwanya di sapa lagi,
Yang subur jiwanya di santun mesra..

Engkau hadiah dari Sang Pencinta yang terlalu benar cintanya,
Kebesaran  cinta ini membuat aku gusar dan ketakutan,
Sudahkah aku bersedia menerimaMu?
Hari- hari yang ku lalui sepeninggalanmu membuktikan pengingkaranku..
Aku mula lupa janji- janji yang ku tabur dulu..

Ramadhan, moga sempat ku temuimu..


Siangku… siangku.. kusibukkan dengan pelbagai urusan dunia,
Kurehatkan diriku dengan kelalaian,
Aku jadikan malamku hanya untuk bersuka ria dan berehat dari kelelahan,
Warkah cinta  yang kugenggam semasa kau bersamaku  ku biar terabai..
Gelak tawa, gurau senda.. hidupku  indah dengan itu semua,
Aku tidak hirau lagi insan -insan yang perlu ku santuni,
Aku hanya mahu kocekku penuh berisi..
Aku hanya mahu anugerah itu dan ini…

Ya Allah,…
Engkau hadirkan lagi Ramadhan dalam cintaMu padaku,
Walau aku tidak pernah membuktikan kejujuran dalam pengabdianku,
Pintu pengharapan, kemaafan dan kerahmatan kau bukakan sekali lagi,
Agar  hamba-hambaMu kembali mengenali diri.

Ya Allah,
Saat hampirnya Ramadhan kali ini,
Aku mula merintih kembali.. baru ku sedar aku masih ditindas mimpi,
Aku masih tewas dalam  peperangan..
Ya, perang jiwa dan nafsu..!
Nun di sana, saudara-saudaraku juga sedang asyik dilanyak,
Disembelih, dihentak dan dihenyak.
Kesengsaraan ini membawa aku mengimbau kembali..
Kemenangan sulung , pahlawan BADAR yang digeruni.
Ku bandingkan diriku dengan keimanan mereka, membuat aku malu dan hina..
AAAAAALLLAAAAAAHHHHHH…
Aku malu padaMU..

Ramadhan,
Lupakanlah peristiwa dahulu..
Maafkan aku kerana mengkhianatimu..
Kini aku sedang  bersiap menemuimu..
Ku ketuk kembali pintu kempunan, dan kerahmatan Rabbku yang kan ku temui di dalamMU..
Datanglah kepadaku.. kan ku mulakan kembali langkahku menemui  PenciptaKU..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.. ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABIN WA SYA’BANA WA BALIGHNA RAMADHAN…




No comments:

Post a Comment