Monday 3 October 2016

Tips Mengekalkan Semangat dan Motivasi Diri

  1. Sentiasa Berfikiran Positif 
          Motivasi di dalam al-Quran, surah al-Insyirah ayat 5 yang bermaksud :

          "Sesungguhnya bersama setiap kesukaran pasti ada kesenangan"

      Ya, susah bagaimanapun ujian yang kita hadapi ..ingatlah Allah swt pasti akan memberikan kesenangan di akhirnya, bahkan berlipat kali ganda. Usah gelisah dengan kecaman manusia, usah resah dengan ketidakcukupan hidup di dunia. Kita hanya perlu berusaha dan bertwakkal!

         2.Berkawan dengan insan-insan yang positif  
Manusia adalah anak kepada suasana. Jika suasana yang mengeiringi kita baik, maka ia akan membantu memberi kesan yang baik kepada kita. 

         3.Tekun 
Tekun ataupun tidak menyerah kalah adalah sebahagian daripada faktor penting kejayaan seseorang.
Jika kalah sekali, cuba lagi. Fikir pula strategi seterusnya. Fokus dan terus mara. :) 

Menyorot sejarah pembukaan Kota Constatinople, berkali-kali pasukan umat islam cuba membukanya. Namun , cubaan demi cubaan yang tidak putus daripada umat islam,akhirnya Sultan Muhamad Al-Fateh berjaya menyempurnakan misi tersebut. Beliau sendiri membukanya dengan strategi yang mantap dan tidak menyerah kalah. Tidak pernah kapal menyelusuri darat, namun beliau merealisasikannya hanya untuk membenarkan janji Rasulullah saw!

       4.Sentiasa Belajar 
Belajar tentang diri kita sendiri. Ketahui, kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri. Tanyakan pendapat pasangan, ahli keluarga ataupun rakan-rakan supaya kita dapat bermuhasabah. 

      5.Mahu Berubah
Pasangkan niat untuk melakukan perubahan. Azamkan dalam diri. Rasulullah saw bersabda 
"Sesungguhnya setiap perkara adalah berdasarkan niat" 

Sumber rujukan :
1.Al-Quran
2. Super Woman,Mardiana Mat Ishak

2 comments: